رقية نبوية لعلاج وجع الضرس
Hadith al-Baihaqī, dari ‘AbduLlah bin Rawāhah mengadu kepada Nabi SAW bahawa giginya sakit, kemudian Rasullullah pun meletakkan tangannya yang mulia ke pipi Abdullah dan berdoa seperti dibawah ini sebanyak 7X:
اللهم أذْهِبْ عَنْهُ سُوْءَ ما يَجِدُ وفَحْشَهُ بِدَعْوَةِ نَبِيِّكَ الْمَكِيْنِ الْمُباَرَكَ عِنْدَكَ
Ya Allah hilangkanlah darinya keburukan dan kekotoran apa yang dia rasakan dengan permintaan NabiMu yang mempunyai pengaruh dan diberkati disisiMu.
Maka Allah menyembuhkan sakit giginya sebelum beliau berganjak pergi dari Rasulullah SAW.
Dalam riwayat yang lain Humaidi berkata suatu ketika Fatimah binti Muhammad SAW mengeluh sakit gigi, lalu Rasulullah SAW memasukkkan dan menempelkan tangan kanannya pada gigi yang sakit dan berdoa:
بسم الله وبالله أسأَلُكَ بِعِـزَّتِكَ وجلالك وقُدْرتك على كُلِّ شيءٍ فإن مَرْيَمَ لمَ ْتَلِدْ غَيْرَ عِيْسَى مِنْ رُوحِك وكلمتك أَنْ تَـكْشِفَ ما تَلْقَى فاطمةَ بِنْتَ خديجة مِنَ الضُّرِّ كُلِّهِ
Dengan nama Allah,demi Allah ku bermohon dengan kemuliaanMu dan kebesaranMu dan kekuasaanMu atas segala sesuatu sesungguhnya Maryam tidak melahirkan selain Isa yang berasal dari ruhMu dan kalimatMu (firmanMu) aku memohon agar Engkau melenyapkan rasa sakit yang dirasai Fatimah binti Khadijah semuanya.
Kemudian lenyaplah sakit gigi Fatimah.
Sumber:
1. Sayyid Muhammad ‘Alwī al-Mālikī al-Hasanī. Abwābul faraj. Dār Jawāmi’ al-Kalim, Cairo: 2000
dan juga berjumpe dengan ini.....
DOA APABILA MENDERITA SAKIT GIGI
Surah al-Mulk ayat 23
Maksudnya : “ Katakanlah ( wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu ( dari tiada kepada ada ), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati
( untuk kamu bersyukur ) tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur :”
Keterangan ayat
Menurut al-Khatib dalam kitab al-Tarikh dan Ibn Munzir daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “ Sesiapa yang mengalami sakit gigi, maka hendaklah dia meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ini “ ( Al-Durrul Manthur; tafsir ayat 23, surah al-Mulk )
Al-Daruqutni pulq meriwayatkan dalam al-Afrad daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “ Sesiapa meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ke-98 surah al-An’am dan ayat ini, maka dia akan sembuh dengan izin Allahs.w.t.”
( Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 23, surah al-Mulk
Manusia kurang mensyukuri nikmat kurniaan Allah. Menghabiskan usia pada perkara yang tidak memberi faedah seperti kebanyakkanorang awam merupakan tanda tidak mensyukuri nikmat Allah. Sasterawan yang lalai menyebabkan fakta-fakta sejarah tentang lembah yang sudah luput dalam lipatan sejarah juga merupakan tanda membahagi masa pada perkara yang tidak bermanfaat. ( Hada’iq zatu bahjt,, Dr Aid al-Qarni )
Khasiat dan Kaifiat beramal
Ayat ini boleh digunakan sebagai ikhtiar mengurangkan sakit gigi .Walau bagaimanapun bergantung semata-mata kepada ayat sahaja tidak mendatangkan apa-apa kesan kecuali dengan izin Allah s.w.t. .
gembira...(^_^)....terima kasih....
LOts Of LOvE,